Ramai yang berbicara tentang hati..
Hati yang terluka,
Hati yang terleka,
hati yang gundah-gulana..
Ramai yang berbicara tentang hati...
Saat bila hati telah mati,
Saat bila hati disakiti,
Saat bila hati dikhianati,
Tapi, mengapa hanya saat itu baru teringat tentang hati??
Siapa kita hendak bicara bila hati telah mati??
Layakkah kita memaki kerana kita sendiri yang memberi??
Kita laungkan, kita bisikkan, kita nyanyikan, kita tangiskan,
Nyatanya semua juga tentang hati,
Memberi kepuasan, melepaskan kebencian, menyalurkan kelegaan..
semuanya tenyata tentang hati..
Untuk mendapatkan kedamaian, meluaskan kegusaran,
Memang ternyata tentang hati..
biarkan saja yang tertawa,
abaikan saja yang terasa
persetankan saja yang membenci
kerana akhirnya semuanya tentang hati kita sendiri
Blog ini caraku untuk melempiaskan rasa, berkongsi cerita, menyalurkan karya.. tiada terlintas untuk menyakitkan hati, jauh sekali memuji dan meninggi diri. bacalah jika berkenan, ambillah jika berkemahuan
BerCerita Tentang Rasa
Segala Luahan, Omongan, Repekan, Jeritan, Bisikan.. dan Ya!! aku tidak perlukan penilaian
Saturday, 24 March 2012
Saturday, 17 March 2012
Itu Dusta
Kau kata kau suka irama,
Lalu mengapa tolak lagunya jika tidak senada denganmu??
Kau kata seni itu hidupmu,
Lalu mengapa buang fikirannya jika tidak sehebat karyamu??
Jangan melayang dengan fantasi,
Jangan terbang dengan angan,
Kelak di sambar taufan kenyataan...
Kau kata bunyi itu bisa menyatu,
Lalu kenapa persoalkan lagu yang tidak sama denganmu??
Kau kata seni itu membentuk hati,
Lalu kenapa perlekehkan hati yang tidak sedetik denganmu??
Jangan berlakon segalanya indah,
Jangan berpura segalanya mudah,
Kalau yang kau tuju hanya gemilang dirimu,
Kalau mahumu hanya dirimu,
Usah mendabik dada, memukul canang tentang perpaduan.
Itu Dusta
Lalu mengapa tolak lagunya jika tidak senada denganmu??
Kau kata seni itu hidupmu,
Lalu mengapa buang fikirannya jika tidak sehebat karyamu??
Jangan melayang dengan fantasi,
Jangan terbang dengan angan,
Kelak di sambar taufan kenyataan...
Kau kata bunyi itu bisa menyatu,
Lalu kenapa persoalkan lagu yang tidak sama denganmu??
Kau kata seni itu membentuk hati,
Lalu kenapa perlekehkan hati yang tidak sedetik denganmu??
Jangan berlakon segalanya indah,
Jangan berpura segalanya mudah,
Kalau yang kau tuju hanya gemilang dirimu,
Kalau mahumu hanya dirimu,
Usah mendabik dada, memukul canang tentang perpaduan.
Itu Dusta
Bunyi Buat 'Kawan'
kawan,
Dunia ku, bunyi ku..
dunia mu, bunyi mu..
ya ada mungkin dunia kita berbeza,
maka ada mungkin juga bunyi kita sama..
kawan,
fahamilah aku mengalunkn bunyi ku
bukan untuk membisukan bunyi mu,
jauh sekali untuk mengubah dunia mu.
kawan,
dunia mu tetap bunyi mu,
hanya sekadar mencuba,
jika bunyi ku dan bunyi mu,
boleh menjadi lagu kita bersama.
walau dunia kita masing2 yang punya..
Subscribe to:
Comments (Atom)